SANGGANG SEPI TANPA ANWAR

Komentar 2/4/2000

 

Jam 11.15 mlm Komentar duduk minum kopi bersama-sama rakan~rakan setelah kembali dari Sanggang. Topik bualan masing lagi sekitar kekalahan PAS di Sanggang. Kita perlu mencari sebab~sebab kekalahan ini. Maka rancaklah bualan tentang mainan politik wang oleh UMNO dan BN serta beberapa isu yang “pi mai pi mai dok tang tu jugak” yakni kekuatan wang dan kekuatan jentera yang merujuk kepada wang sebagai sumber motivasi mereka. Tidak semena~mena rakan Komentar yang terlibat dalam pengurusan Laman ini bertanya, “ Poster Anwar Ibrahim , gambar dan bukti kezaliman pemerintahan UMNO tak sempat ke mereka cetak atau mereka sengaja tidak mahu menggunakan isu kezaliman atas orang nombor 2 dalam negara yang disepak dan diterajang oleh UMNO dan pemerintah kita”. “Kalau ada poster tersebut lebih jelas pengundi lihat bukti kezaliman pemerintah khususnya Dr Mahathir dan kuncu kepimpinan UMNOnya”. Jelas tidak ada satu poster yang menunjukkan kezaliman berleluasan di hari pengundian ini. Malah sentimen kezaliman dan penderaan ke atas Anwar Ibrahim juga di keluarkan secara minima. “Rugilah kalau begitu” kata salah seorang dari kami. Isu yang paling penting , yang paling jelas melambangkan kepimpinan UMNO yang zalim, korup dan jelas mengikat system keadilan dan hak bersuara di tinggalkan. Isu Anwar Ibrahim dengan gerakan reformasinya disepikan lantas SANGGANG SEPI TANPA ANWAR.

 

Tidak mengapalah kita tahu kekalahan ini punca kekuatan wang UMNO walaupun susah untuk kita buktikan. UMNO menggunakan jentera kerajaan seperti media cetak dan elektronik dan PAS hanya ada Harakah. Menang kalah PAS disana adalah tentuan Allah dan kita hanya merancang dan Allah Yang Maha Adil dan Bijaksana menjadi penentunya.

 

Kita berbangga dengan petugas~petugas pilihanraya kita yang bersemangat memegang Poster Datuk Hishammuddin lantas meneriakkan slogan HAPUSKAN KEZALIMAN KEPEMERINTAHAN UMNO.  Mereka menjalankan tugas dengan baik serta jujur. Lain kali PAS akan cuba lagi, kita kuatkan tekad dan semangat untuk pilihanraya~pilihanraya akan datang.

 

Komentar