SANGGANG, KEMENANGAN UMNO TANPA MAHATHIR KEKALAHAN PAS TANPA ANWAR

Komentar 3/4/2000

 

Rakan Komentar yang bertindak sebagai pemerhati di Sanggang melapurkan bahawa yang aneh semasa Pilihanraya Sanggang ialah ianya TANPA POSTER MAHATHIR. Boleh dikatakan bahawa poster Dr Mahathir langsung tidak ada di Sanggang. Mungkinkah UMNO tahu bahawa meletakkan poster Mahathir akan menyebabkan UMNO SANGGANG TERPANGGANG. Oleh itu bijak pandai putar belit politik UMNO menasihatkan UMNO Pahang agar poster Mahathir tidak dipamerkan dengan meluas di Sanggang. Benarkah “golden touch” Dato Khalil Yaakob telah menasihati UMNO Pahang agar poster Mahathir tidak dipamerkan langsung. Mereka seolah-olah mengatakan poster Mahathir tersebut lebih buruk dari aksi lucah MB Pahang Adnan Yaakob.Jelas suasana di Sanggang langsung tidak melibatkan Dr Mahathir. Dr Mahathir dinasihatkan JANGAN MENGELUARKAN SEBARANG KENYATAAN YANG BERUNSUR MENEKAN ATAU MENGHINA PEMBANGKANG. Apakah ini satu indikasi bahawa masa Mahathir sudah terhad. Apakah ini satu indikasi bahawa UMNO juga tahu Mahathir BUKAN sahaja kehadiran malah posternya akan membawa parah. Apakah ini satu indikasi bahawa UMNO mula menolak Mahathir tetapi yang menarik Mahathir adalah ketakutan mereka terhadapnya. UMNO sedar UMNO diambang kemusnahan sekiranya Dr Mahathir masih dalam kabinet kepemerintahan tetapi akibat ketakutan ahli dan pengikut tidak setianya maka beliau terus menerajui pemerintahan negara.

Lain pula dengan rakan Barisan Alternatif kita. Bila UMNO takut kekalahan lalu melenyapkan gambar Mahathir PAS pula entah kerana apa menyepikan Anwar Ibrahim dalam kempen mereka. Menyepikan isu kezaliman atas Sdr Anwar Ibrahim umpama melenyapkan peluang untuk kita meraih kemenangan. Tidak salah peraih undi memaparkan gambar penderaan orang No 2 dalam negara. Tidak salah kalau video reformasi ditayangkan berulang-ulang kami untuk menyedarkan rakyat betapa terbantutnya perjuangan menuntut reformasi . Entah mungkin strategi PAS tetapi yang PASTI STRATEGI MEMAKAN DIRI.

Kita perlu sedar kebangkitan rakyat adalah atas pembongkaran Anwar dan kebangkitan rakyat adalah atas laungan Anwar. Isunya tidak boleh diketepikan kerana isunya memberi gambaran sejelas~jelasnya tentang kezaliman, ketidakadilan dan manipulasi kedaulatan undang~undang negara.

 

Komentar