SANGGANG SEPINTAS LALU

Komentar 28/3/2000

 

Padu, jitu dan begitu kental sekali perpaduan dalam Barisan Alternatif. Rakan Komentar menyaksikan kehadiran kepimpinan dari semua parti Barisan Alternatif bergabung dan memulakan penerangan perihal betapa pentingnya islah dilaksanakan dalam negara kita ini dan Sanggang akan dilebel sebagai permulaan detik baru dalam alaf baru “perubahan kepada kebenaran dan keadilan” sekiranya Barisan Alternatif diberi mandat di sini.

 

Sanggang yang menjadi titik mulanya semangat rakyat bagi rakyat untuk  meneruskan perjuangan dalam kita menuntut keadilan  Pilihanraya kecil pertama ini akan menjadi isyarat awal rakyat bahawa rakyat TIDAK PATUT dihina sebagaimana Menteri Besar Pahang menghina rakyat dan keadilan tidak sepatutnya dicalar sebagaimana kita lihat keadilan dinodai oleh kepimpinan tertinggi UMNO. SANGGANG, perubahan akan jadi nyata. SANGGANG, keadilan akan lebih jelas, SANGGANG, kebenaran akan terserlah, andai perubahan dan reformasi dapat kita laksanakan.

 

Terima Kasih kepada kepimpinan parti Alternatif yang hadir pada 26/3/2000; Lim Kit Siang & Tan Kok Wai dari DAP, Saifuddin Nasution ,Gobalankrisnan dan Ng Lam Yong dari keADILan serta kepimpinan PAS yang setiap masa berada disana.

 

KITA PASTI BERJAYA

 

Komentar