TAHNIAH KEPADA PRESIDEN BARU MAJLIS PEGUAM

Komentar 26/3/2000

 

Tahniah atas perlantikkan Presiden Baru Majlis Peguam. Sulaiman Abdullah yang menjadi Barisan Utama Peguam Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Presiden Majlis Peguam Malaysia. Perlantikkan ini memberi sedikit keyakinan kepada Malaysia bahawa perubahan akan berlaku atas pentadbiran dan kemungkinan ini memberi satu nafas baru dalam perkembangan profession Peguam. Sungguhpun Majlis ini menegaskan bahawa mereka tidak akan menyebelahi mana-mana pihak,pihak Komentar menyarankan agar Majlis itu dibawa kearah menentukkan kebebesan Jabatan Kehakiman dari terus dikongkong dan dimanipulasi oleh kerajaan. Sebelahilah kebenaran, sebelahilah keadilan dan jangan bisu melihat kezaliman. Tanggungjawab bersama menentukkan keadilan, menghapuskan kezalaiman adalah tanggungjawab bersama. Sedarlah peguam ke, tukang kayu ke, drebar teksi ke, semua adalah rakyat dan adalah menjadi tanggungjawab bersama menentukan keadilan untuk semua.

 

Komentar