SYABAS PEMUDA WILAYAH PERSEKUTUAN

Komentar 3/4/2000

 

SYABAS PEMUDA WILAYAH PERSEKUTUAN ! ONN ABU BAKAR dilapurkan oleh Laman bagi maklumat program Black 14 akan turut serta dalam program bagi menyerahkan MEMORANDUM kepada DYMN Yang DiPertuan Agung. Komentar sekali lagi menjelaskan bahawa Komentar berbangga dengan kehadiran Sdr Onn nanti dalam menyertai program Black 14. Sikap beginilah yang diperlukan dalam perjuangan kita. Sekiranya sikap begini dipertonjolkan dari awal maka Sdr Onn pasti nanti lebih mengerti dan faham dalam selok~belok hidup sebagai ahli reformis jalanan. Dengan fahaman itu maka Komentar percaya bahawa Sdr Onn akan lebih rapat lagi dengan perjuangan asal kita. Kehadiran Onn nanti pasti akan menyemarakkan lagi penglibatan keADILan Wilayah Persekutuan dalam gerakan reformasi jalanan.

Komentar pasti akan bersama Ketua Pemuda keADILan Wilayah Persekutuan nanti.

 

Komentar