PEMBONGKARAN HARAKAH MAHATHIR MENIPU MEMBUAT RAKYAT MENCABAR KEBAWAH DULI

Komentar 30/3/2000

 

Harakah melapurkan bahawa Tn Guru Datuk Nik Aziz, telah memaklumkan bahawa Majlis Raja ~Raja tidak membincangkan isu perpecahan kaum Melayu semasa Persidangan Majlis Raja~Raja baru ini. Sungguhpu begitu sikap diam Majlis Raja~Raja terhadap perkara itu amat dikesali. Raja~Raja sepatutnya kini mengeluarkan kenyataan mereka. Mereka harus bertanggung jawab dalam hal ini dan memberitahu rakyat perkara sebenarnya. Sikap diam raja-raja hanya melambangkan bukan sahaja suara rakyat yang ditutup oleh Mahathir malah kini suara raja-raja disekat. Apakah ini tidak menunjukkan kekuatan regim Mahathir?  Raja~Raja Melayu DICABAR UNTUK MEMBUAT KENYATAAN MEDIA perihal pembohongan Dr Mahathir dan sekiranya Raja~Raja Melayu tetap membisu MAKA tidak dapat TIDAK satu konklusi boleh dibuat yakni, mahkota tuanku kini dipakai oleh Mahathir. Kedaulatan tuanku kini tercalar dan tercemar.

 

Raja~Raja Melayu digesa membuat kenyataan lintas langsung dan bukan melalui media pengampu kerajaan.

 

Komentar