RAJA RAJA MELAYU SEMESTINYA NAMPAK

Komentar 30/3/2000

 

Raja~Raja Melayu semestinya nampak akan senario sebenar apa yang berlaku dalam negara kita ini. Komen~komen Majlis Raja~raja tentang keperluan menyatukan kembali masyarakat Melayu memang tidak salah. Apa yang salah ialah apabila pandangan Raja~Raja Melayu kita khususnya Sultan Pahang mula dikaburi dengan sentimen Mahathir. Komen yang lebih berbau pro Umno meletakkan Raja~Raja Melayu setanding dengan mereka yang jelas mempunyai kepentingan. Raja~Raja Melayu harus sedar bahawa rakyat merasakan bahawa keadilan yang wujud sekarang adalah keadilan ciptaan yang hanya menyebelahi kehendak atau percaturan Dr Mahathir. Apakah salah bagi rakyat merasakan sedemikian dengan adanya pertuduhan salah laku seks melalui surat jijik Ummi Halfida, Dokumen pertuduhan rasuah Rafidah Aziz yang disembunyikan dan diketepikan, Rahim Noor yang dihukum dengan begitu ringan sekali dan media yang nyata berat sebelah dalam melapurkan berita. Apakah rakyat tidak merasa tertekan kerana setiap kritikkan dibalas dengan tangkapan dengan menggunakan pelbagai undang~undang yang nyata penggunaannya menuruti kehendak dan manipulasi Mahathir.

 

Raja~raja Melayu,

 

Kebangkitan rakyat bukan untuk menentang kesultanan Melayu tetapi untuk memperbetulkan keadaan agar rakyat lebih merasakan keadilan yang dilaung~laungkan oleh kerajaan sekarang ini. Apa yang jelas keadilan yang dilaung~laungkan oleh kerajaan adalah keadilan yang sesuai untuk mereka mempertahankan kuasa yang ada. Rakyat berhak memilih dan bersuara dan sebarang tindakan menghalang mereka bersuara TIDAK LANGSUNG MENAMPAKKAN KEADILAN.

 

Raja~raja Melayu,

 

Mahathir telah lama ditolak. Bagi yang berani mereka terus~menerus melaungkan penolakkan Mahathir secara terbuka. Bagi yang takut mereka secara senyap~senyap membantu gerakkan penolakkan Mahathir tetapi bagi yang berkepentingan mereka lebih rela mengambil jalan tengah untuk mendiamkan diri dan bagi mereka yang dusta membantu tanpa sekatan moral atau agama adalah perlu kerana takut dirinya akan dibawa kemuka pengadilan kerana dosa mereka di dunia ini.

 

Raja~raja Melayu,

 

Sekali lagi Komentar memohon agar Raja~Raja Melayu menyedari hakikat sebenar senario Melayu dalam politik tanahair. Janganlah pula kebanggaan kita terhadap raja~raja Melayu bertukar menjadi satu penentangan. Yang perlu disingkir adalah Mahathir dan kuncu terapat beliau agar negara pulih dan penyatuan Melayu kembali.

 

KOMENTAR