KU LI NAFI MAHU BERTANDING

Komentar 24/3/2000

 

Ku Li 23/3/2000 secara terbuka mengistiharkan bahawa beliau TIDAK BERNIAT untuk bertanding. Beliau menyatakan perkara berikut dan menegaskan bahawa sekiranya pencalonan cukup pun beliau tidak berniat untuk menandingi jawatan Presiden. Begitulah kata-kata Ku Li selaku ahli politik veteran yang suatu masa dahulu pernah mencabar jawatan Presiden. Komentar percaya kalau cukup pencalonan Ku Li akan bertanding merebut jawatan itu sekali gus meletakkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Walauapa pun beliau selama ini hanya berdiam untuk memerhatikan senario politik masa kini. Jelas Ku Li dapat membacanya. Penarikkan diri hanya dilaungkan apabila Ku Li nampak kesungguhan Dr Mahazalim dalam mencaturkan politik semasa dan sebarang penentangan akan mengakibatkan kemuhdaratan buat beliau. Senario politik jelas dan mesej Dr Mahathir nyata. Sebarang tentangan akan dianggap sebagai khianat dan pengkianat akan diberi tempat bersebelahan dengan sel Anwar Ibrahim. Jesteru itu Ketua-ketua Bahagian terus akur tidak mencalonkan Ku Li dan melihat pada senario inilah baru Ku Li mengumumkan niat beliau untuk tidak bertanding.Ku Li terus mengatakan bahawa sesetengah pihak mencalonkan beliau adalah untuk hanya memalukan beliau sahaja.Semua ini bicara politik. Kalau semasa di Semangat 46 Ku Li hebat menentang Dr Mahazalim dan kini dengan muka yang kurang malu menyertai UMNO kenapa sibok menuduh ada pihak mahu memalukannya sedangkan KU LI sendiri asalnya orang tidak tahu apa erti malu. Pendek kata kononnya kalau ada pun pihak yang mahu  memalukan Ku Li baiklah hentikan sahaja kerana Ku LI tidak tahu erti malu.

 

Komentar hanya tahu Ku Li akur kerana takut dan sedar bahawa manipulasi politik Mahathir yang kejam tidak memungkinkan dirinya bertanding.

 

Komentar