DEMAHATHIRKRASI

Komentar 29/3/2000

 

Pokoknya ia mengikuti Mahathir. “Demokrasi” atau sebarang sistem yang melambangkan keadilan sekiranya tidak menepati ciri~ciri atau kehendak Mahathir maka ianya SALAH dan akan TETAP salah. Keadilan ,kebenaran dan sistem demokrasi yang dapat diterima rakyat dan masyarakat TIDAK melambangkan demokrasi bagi Mahathir. Demokrasi adalah sistem yang tepat sekiranya DEMOKRASI itu mengikuti lunas~lunas interpretasi Mahathir. Mudah sahaja sistem ini, demokrasi yang menghalang kebebasan suara, demokrasi yang meletakkan sistem pemilihan kerajaan ditentukan dan dijaga oleh kerajaan beliau, sistem kepolisan yang mengikut kehendak beliau dan sistem ekonomi yang selaras dengan konsep beliau. Cukup syarat maka Mahathir akan mendabit dada mengatakan yang itulah demokrasi. Itulah yang akan menjamin kesejahteraan Malaysia. Tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan oleh beliau maka ia tidak demokratik. Itu yang sebenarnya membezakan kita di Malaysia dengan segala sistem yang ada dinegara lain. Kita lain, kita boleh, kita boleh lakukan sistem perundangan yang lain dari mana~mana sistem yang wujud dalam dunia. Kita boleh, Mahathir boleh dan itu adalah Demokrasi. Suara rakyat mesti disekat kerana sistem demokrasi. Rasuah tidak jadi masalah kerana Biro Pencegah Rasuah mengikuti lunas~lunas Demokrasi yang ditetapkan oleh Mahathir. Suruhanjaya Pilihanraya  mengikut sistem ini harus di letakkan dibawah Perdana Menteri kerana itu adalah peruntukkan demokrasi. Semuanya Demokrasi. Pembahagian kemewahan negara mengikut agihan Mahathir adalah demokrasi. Maka demokratiklah Malaysia di bawah Mahathir.

Lain~lain MENTERI setuju kerana fasal 171 Perlembagaan Demokrasi Mahathir adalah  MAHATHIRKASI . Maka berbanggalah kita rakyat Malaysia dengan sistem DEMAHATHIRKRASI dan sekiranya tidak setuju maka MAHATHIR mengunakkan konsep DEMOKERAS. Jangan main~main keras tindakkannya.

 

Ini dia sistem kita, kebanggan kita dan raja~raja kita.

 

HIDUP DEMAHATHIRKRASI …..minta maaf typo error sebenarnya DEMOKRASI

 

Komentar