KENYATAAN MEDIA

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

28.05.2000

 

Salam Reformasi,

 

“Bertafakur Seketika” merupakan ungkapan yang dapat dilihat dalam kebanyakkan laman-laman Pro Reformasi seketika ini. Disamping itu 6 laman Web Utama Pro Reformasi yakni Laman Pertama Mahazalim, Laman Reformasi Mahazalim Two, Komentar, Pemantau, Mahafiraun dan Black 14 meletakkan slogan yang rata-rata mahukan pembaharuan dalam Parti Keadilan Nasional. Pembaharuan yang dipohon adalah bagi meminta 2 kepimpinan parti yakni Sdr Chandra Muzzaffar dan Sdr Annuar Tahir meletakkan jawatan. Pelbagai lapuran telah di tulis lalu di paparkan oleh Malaysia Kini mengenai tujuan tindakan kami dalam “Bertafakur Seketika”. Kami sahkan disini bahawa tujuan dan sebab “bertafakur seketika” yang di lapurkan oleh Malaysia Kini adalah benar dan sahih. Kami tidak mempunyai motif lain selain dari membebaskan keADILan dari mainan politik yang berlebihan yang jelas dan nampak tergelincir dari matlamat asas perjuangan. Perlaksanaan “bertafakur seketika” telah dirangka dengan mengambilkira impak terhadap pilihanraya Teluk Kemang. Kami dengan sumpah perjuangan masih berdoa agar calon keADILan, Sdr Ruslan Kassim berjaya menewaskan  Barisan Nasional pada pilhanraya akan datang.

 

Sehubungan dengan “bertafakur seketika” pihak kami tetap menuntut agar kedua-dua kepimpanan tersebut undur bagi jadikan parti ini parti yang bersih , parti yang mempunyai matlamat perjuangan serta mendokong slogan parti yang dimiliki oleh rakyat. Apa yang dituntut adalah kembalikan Parti Keadilan Nasional kepada agenda asal yang dilaungkan oleh Sdr Anwar Ibrahim.

 

Selaku penyelenggara bagi Laman Web Reformasi kami berikrar untuk meneruskan perjuangan tetapi tegas dalam memastikan keadilan tersebut dibela dari mereka yang gemar bermain politik murahan.

 

Jesteru itu Penyelenggara Laman-laman Web ini bersetuju untuk meneruskan perjuangan menuntut reformasi  tetapi tetap dengan desakan menuntut keadilan dalam keadilan.

 

Sekian

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

TEMENGGUNG