SURAT AKUAN SUMPAH

 

Saya, Dato’ Seri Megat Junid bin Megat Ayub (KP NO: 1399942) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur bermastautin di No 2, Jalan SS 7/3 Kelana Jaya dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:

 

  1. Melainkan dinyatakan sebaliknya segala perkara yang dinyatakan disini adalah didalam pengetahuan saya sendiri dan dipercayai benar. Saya mengikrarkan surat akuan ini dengan rela hati dan tanpa paksaan atau pengaruh dari mana-mana pihak.
  2. Saya mengenali Dato Seri Anwar Ibrahim  (Anwar) lebih 3 tahun lalu iaitu sejak tahun 1969 lagi.
  3. Pada bulan Julai 1997 saya telah diberitahu oleh isteri saya Norziela binti Jalil (Ziela) bahawa beliau diberitahu oleh Ummi Halfilda binti Ali mengenai beberapa dakwaan salahlaku seks terhadap Anwar termasuk mengenai dakwaan liwat terhadap seorang bernama Azizan Abu Bakar.
  4. Pada 30.07.1997 semasa mengadakan jamuan makan tengahhari untuk semua menteri kabinet atas perlantikkan saya ke kabinet, saya telah bertemu dengan Anwar dan menyatakan perihal yang diberitahu Ziela kepada saya. Anwar telah menafikan hal tersebut. Saya mempercayai penafian Anwar kerana mengenali beliau begitu lama.
  5. Beberapa hari selepas itu saya ada berbincang dengan Anwar mengenai perkara yang sama. Saya bertanyakan berkenaan dengan dakwaan Ummi itu dan Anwar memberitahu saya bahawa “Ummi syok kat I, tapi I tak layan langsung” Saya terus memberitahu Ziela mengenai kata-kata Anwar itu  dan melarang Ziela daripada terus melayani Ummi.
  6. Pada 07.08.1997 sebelah malam saya telah menerima satu sampul yang Ziela beritahu diberi oleh Ummi.
  7. Keesokkan harinya iaitu pada 08/08/1997 saya telah membuka sampul itu dipejabat dan terkejut kerana ia menngandungai tohmahan-tohmahan yang berat terhadap Anwar mengenai salahlaku seks.
  8. Saya terus menghubungai dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara pada masa itu dipejabatnya. Didalam pertemuan itu saya menyerahkan surat Ummi Halfida tersebut dan setelah membacanya Tan Sri Rahim Noor membuat salinan.
  9. Saya meminta Tan Sri Rahim Noor supaya mengambil tindakan segera kerana surat laying yang mengandungi tohmahan seumpama itu terhadap Anwar yang semasa itu adalah Timbalan Perdana Menteri sangat serius dan boleh menjejaskan keselamatan negara. Tan Sri Rahim berjanji akan mengambil tindakan segera untuk menangani hal itu.
  10. Pada 13.08.1997 saya telah berjumpa dengan Dato Seri Dr Mahathir  Mohamed dipejabatnya membawa surat tersebut. Bersama-sama saya ialah Tun Daim Zainuddin. Anwar mengetahui akan perjumpaan ini.
  11. Semasa bertemu Dr Mahathir, beliau memberitahu beliau juga telah menerima satu salinan surat yang ditulis oleh Ummi Halfida tersebut dan menunjukkan kepada kami satu salinan surat itu. Dr Mahathir telah memberitahu kami itu semua adalah cubaan membuat suatu surat laying mengandungi tohmahan dan fitnah semata-mata dan tidak perlu diperpanjangkan. Lepas perjumpaan inisaya dan Tun Daim terus berjumpa Anwar dipejabatnya.
  12. Seperti Dr Mahathir, saya sendiri tidak mempercayai segala tohmahan-tohmahan yang didakwa oleh Ummi dalam suratnya.
  13. Saya telah mengenali Anwar lebih daripada 30 tahun dan tidak pernah saya mendengar apa-apa pun mengenai tohmahan salah laku seks samada membabitkan wanita ataupun hubungan homoseksual atau liwat. Sehingga kehari ini saya masih tidak mempercayainya dan menganggap semuanya adalah fitnah semata-mata.
  14. Saya juga ingin mengesahkan sepanjang pengetahuan saya, Dato Abdul Aziz Shamsuddin, bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir tidak”ngam” dengan Anwar
  15. Saya membuat akuanini dengan kepercayaan ianya adalah benar dan menurut peruntukkan Akta Keterangan Berkanun.

 

 

Diikrar oleh Megat Junid bin Megat Ayod

Pada 27hb Mac 2000 jam 12.30 ptg di Kuala Lumpur.