EZAM DI SHAH ALAM 3/4/2000

Komentar

 

Setelah Komentar menulis artikel MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH, anak muda ini bangkit dengan semangat yang tidak kurang hebatnya berbanding dengan Sdr Anwar Ibrahim. Ezam bangkit menyahut seruan pertiwi dengan ledakan alaf baru. Sungguhpun perhimpunan ini tidak mendapat permit , Ezam tetap dengan lantang berceramah. Polis Shah Alam dicabar untuk mengeluarkan saman dan pengeluaran saman ini akan disambut dengan istiadat mengoyaknya. Suara Ezam lantang membelah malam. Kebangkitan reformasi sudah mula kelihatan. Reformasi akan dan pasti bergema lagi. Ezam mengesa RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEADILAN UNTUK BANGKIT, HADIR DAN MEMPERTAHANKAN KEWIBAWAAN NEGARA DARI TERUS DICALAR DAN DINODA MAHATHIR PADA 15HB APRIL 2000 INI.

 

Silat dan pancak anak muda ini kelihatan sudah. Kalau dahulu Mahathir dicabar oleh Anwar untuk bersilat kini Ezam anak muridnya bangkit membunga langkah. Ayuh Mahathir ini silat rakyat, ini silat keramat dan ini silat melayu. Semangat Ezam kini membara. Anak Muda kita harus serta. Ini perjuangan kita, ini pembelaan kita pada yang dizalimi. Ezam bangkit mencabar rakyat Malaysia untuk tampil menyerahkan memorandum rakyat. Ezam turut berkata

 SELAIN DARI MEMORANDUM INI, RAKYAT MALAYSIA DIGESA MENUNTUT DR MAHAHTIR DIGANTUNG DARI MENERAJUI KERUSI MEMANDA MENTERI DAN MEMBENARKAN SDR ANWAR IBRAHIM MERAPAT SEMBAH MENGHADAP DULI”.

 

Kita pinta dan kita rayu ke bawah duli dan kini kita hadir pada 15hb April 2000 untuk membuat penentuan dengan DYMN Agung kita. Semangat anak muda ini mengegar semangat kita. Kita harus bangkit dan terus menerus memperjuangkan hak rakyat dan kewibawaan negara ini. Rakyat Malaysia di gesa bangkit, Rakyat Malaysia di gesa menuntut perletakkan jawatan atau penggantung oleh DYMN.

 

KITA MESTI HADIR DI SAMPING EZAM , KITA RAKYAT MALAYSIA. BIAR JEBAT DIKATAKAN DURHAKA, JEBAT DAHULUKAN RAKYAT DAN KEADILAN DARI MEREKA YANG BERANGENDA BERSIRAT.