KOMENTAR TERIMA EMAIL  HJH MARINA YUSOFF NAIB PRESIDEN keADILan

Komentar 28/3/2000

 

Komentar hari ini dikejutkan dengan kehadiran email Naib Presiden keADILan yang beralamat marinayusoff@hotmail.com. Komentar bergegas menalifon rakan Komentar yang mempunyai “call card” Hjh Marina Yusoff untuk menggesahkan samada email tersebut termaktub didalam “call card” tersebut. Nyata ada dan Komentar beranggapan benar ia datang dari Hjh Marina Yusoff sendiri atau dari Hjh Marina yang mungkin ditulis oleh Mohd Zakir Yusoff (orang kanan beliau). Walauapa pun Komentar mengucapkan ribuan terima kasih atas email tersebut. Sesungguhnya Komentar akan “publish” email tersebut dalam Laman Komentar berserta justifikasi~justifikasi Komentar terhadap beberapa isu yang termaktub dalam Laman ini. Demi kebenaran dan keadilan biar ianya dilihat dan adili oleh rakyat, sesuai dengan kita meletakkan motto “ rakyat hakim negara”.

 

Walauapapun ia nya tidak akan dilakukkan sekarang kerana kerana kita sebok berusaha menentukkan kejayaan di Sanggang serta beberapa urusan untuk Program Ledakkan Reformasi 2000. Komentar tidak mahu buat seketika mengulas email Hjh Marina Yusoff terlebih dahulu. Sebarang ulasan perihal perkara~perkara dalaman keADILan akan dibuat setelah agenda 15hb April 2000 terlaksana.

 

Biar kita tentukan Agenda Kebangkitan Rakyat 15hb April 2000 terlaksana dengan jayanya sebelum sebarang justifikasi dibuat untuk email Hjh Marina Yussoff. Insyallah pihak Komentar akan menjawabnya.

 

Komentar hanya berharap agar pihak Komentar masih bebas selepas 15hb April 2000 untuk menjawab email Pn Hjh Marina Yussoff. Andainya tidak maka adalah menjadi harapan Komentar sekiranya ada antara pembaca,pendokong reformasi dan ahli keADILan yang sanggup membantu membayar ikat jamin mereka yang tertangkap nanti.

 

Walau apa pun kritikkan Komentar , Komentar sedar adanya sumbangan Hjh Marina membantu menderma untuk ikat jamin OKT.(Lihat artikel Komentar dalam arkig yang mengucapkan ribuan terima kasih) Asas pegangan Komentar adalah KEBENARAN & KETELUSAN  adalah jalan bagi kita menghadapi pilihanraya nanti serta menengakkan kesahihan perjuangan. 

 

KITA TENTUKAN KEBANGKITAN RAKYAT DALAM LEDAKKAN REFORMASI 2000 15hb APRIL 2000

 

Sebelum mengundurkan diri, ajaklah Md Zakir Yusoff ( Exco Pemuda Pusat) untuk menghadirkan diri dalam Program Ledakkan Reformasi 2000 tersebut.

 

INSYALLAH KITA DAPAT BERJUMPA SELEPAS 15hb APRIL 2000.