RAJA~RAJA MELAYU LAIN SEMAKIN LANTANG

Komentar 28/3/2000

 

Raja Melayu sekarang semakin lantang menyuarakan isu perpecahan kaum Melayu. Dari Sultan Pahang kini Sultan Perak pula memberikan pendapat betapa perlunya penyatuan Melayu. Dalam memberikan hujah~hujah ini Raja~Raja Melayu secara langsung atau tidak langsung menuduh kononnya pembangkang bertanggung jawab memecahkan belahkan Melayu. Raja~Raja Melayu digesa membuka minda dan sekali ini mendengar keluhan rakyat dari keluhan Mahathir. Keluhan Rakyat sedikitpun tidak dihiraukan tetapi yang dihiraukan adalah keluhan Mahathir dan kuncu~kuncunya yang hidup mewah semewah Raja ~Raja Melayu sekarang ini.Raja Melayu perlu mendengar keluhan rakyat dan perlu membuat keputusan yang padu dari hanya membaca skrip~skrip nukilan Mahathir.

 

Jika kami memohon agar keadilan bukan sahaja jelas dilaksanakan tetapi nampak jelas perlaksanaannya  adakah itu biadap ?

 

Jika kami memohon agar perbicaraan Anwar Ibrahim dilaksanakan dengan satu penyiasatan yang terdiri dari mereka yang bukan berkepentingan dan bukan mereka yang tertakluk dibawah telunjuk Mahathir adakah itu sikap yang di klasifikasikan sebagai kurang ajar.

 

Jika Suruhanjaya DiRaja dengan jelas membuktikan bahawa tuduhan Mahathir yang Anwar mendera dirinya sendiri  adalah satu pembohongan dan pembohongan ini datang dari Perdana Menteri sendiri apakah tidak mustahil perkara yang lain adalah percaturan hina mereka. Jesteru itu apakah Raja Melayu hanya duduk berdiam dan melalui hidup ini tanpa sedikit pun rasa kesian pada rakyat yang hanya mahu menegakkan keadilan dan kebenaran.

 

Apakah susah untuk menubuhkan satu lagi Suruhanjaya Di Raja yang TIDAK BERAT SEBELAH untuk menyiasat kembali tuduhan keatas Anwar Ibrahim. Apakah pembentukkan itu tidak wajar sedangkan pembentukkan itu adalah untuk mengenalpasti kebenaran dan keadilan. Apakah kebenaran sekarang tidak penting untuk Raja~Raja Melayu.

 

Jika rakyat memohon agar Ke Bawah DULI~DULI Tuanku membuka kembali semua kes~kes tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim apa ini tidak langsung memberikan suatu mesej bahawa yang boleh memulihkan keadaan adalah sekiranya kebenaran diberi peluang untuk dipertunjukkan dan bukan kebenaran disorok demi menjaga beberapa kerat mereka yang durjana.

 

Raja~Raja Melayu, sudah sampai ketikanya Duli~duli Tuanku turun dari singgahsana emas dan membuka pintu menara melihat rakyat yang di tuduh sebagai pengkhianat sedangkan pengkhianat besar adalah mereka yang mengenggam keadilan dan mereka yang bersengkongkol dengan perbuatan mungkar tersebut.

 

Duli Tuanku ,

 

Maaf patik pinta,

 

Komentar