PENGHARAMAN DETIK MENYEMARAK PERJUANGAN

Komentar 30/3/2000

 

Pengharaman Detik, Harakah ( kini sekatan edisi keluaran) , pengharaman perhimpunan di Kuala Lumpur, menghalang kebebasan menyuarakan pendapat, penangkapan ISA, pencabulan perundangan, rampasan hak ekonomi rakyat dengan budaya rasuah, kronisma dan nepotisma, menghalang penubuhan parti politik, manipulasi media, campurtangan dan pencaturan jabatan kehakiman dan polis dan segala gejala tidak sihat ini hanya melambangkan bahawa kerajaan kita adalah penyebab ketidakstabilan politik dan penghapusan sistem demokrasi Malaysia. Ini akan hanya menyemarakkan penentangan rakyat keatas pentadbiran kerajaan yang secara langsung di pegang oleh UMNO khasnya dan Barisan Nasional amnya. Pengharaman Detik terus dapat disimpulkan sebagai satu lagi langkah “desperate” kerajaan untuk menghalang sebarang berita yang jelas berunsur kritikan  terhadap kepincangan pentadbiran negara ini.  Kuasa yang ada pada mereka sekarang ini digunakan semaksima yang boleh untuk menghalang perkembangan parti pembangkang serta menghalang dari kerajaan terus dikritik. Inilah wajah baru kepimpinan Barisan Nasional. Tanpa sedan tanpa silu mereka melakukan sesuaka hati mereka dan bersandar menyorok dibelakang sistem yang dikatakan demokratik.

Ahmad Lufti Othman akan tetap berusaha, Detik Daily di Internet telah mula dan sedang rancar berusaha mengembalikkan keadilan dinegara ini. Rakyat Malaysia nampaknya telah mula sedar akan kepincangan Dr Mahathir serta kuncu~kuncunya dalam usaha memegang tampok kekuasaan. Kita teruskan usaha sehingga berjaya dan sesudah berjaya kita beri permit pencetakkan surat kabar politiknya. Kita tidak takut kerana iatulah gerakan reformasi tidak akan mati.

 

Komentar

Menyokong Detik diberi permit semula.