AKHIRNYA SECARA NYATA DATUK KAMARUDDIN ALI BERTINDAK MEMBELAKANGKAN KEBEBASAN BERSUARA

Komentar 26/3/2000

 

Suara kita di Kuala Lumpur telah terhalang oleh CPO Datuk Kamaruddin Ali. Akhbar THE STAR 26/3/2000 melapurkan BAHAWA semua rapat umum, ceramah dan perhimpunan luar di larang berkuatkuasa SEGERA. Kenyataan ini jelas menunjukkan isyarat keras CPO Datuk Kamaruddin turut menyetujui larangan bersuara oleh rakyat Kuala Lumpur. Larangan ini hanya menunjukkan bahawa Dato Kamaruddin singkat dalam menjalankan kewajipannya sebagai CPO Kuala Lumpur. Komentar mengutuk keras larangan ini dan mengesa para Reformis serta kepimpinan Barisan Alternatif untuk mula bertindak MENGECAM CPO KUALA LUMPUR.

 

SUARA RAKYAT TETAP SUARA KERAMAT

LAGI TEKAN LAGI LAWAN

 

Komentar