pulstars.gif (11446 bytes)pulstars.gif (11446 bytes)

ag_bar3.gif (6079 bytes)

       本校位于柔佛州笨珍柔佛路三十五碑大路旁,是一间乡村区之国民型
华文小学,创立于一九五一年六月三日。本校创校发起人为:拿督斯
里黄衍扁局绅JP, DPMJ, SSIJ, 苏看有,王令贤,陈永求,黄怡坛,
黄怡龟,黄良水,苏量有,苏软有,张新福,洪祖江,黄衍象,张亚细,吴两全,董万兴及和胜栈等。

本校于一九五一年六月三日正式由当时笨珍县警长G.B Griffin主持开幕。
本校之创办可谓历尽千辛万苦,除了上述创办发起人之落力奔走外,还
得到当地及外地的商翁和热心人士的大力资助,方能创立成功。
本校创立初期聘吴霖出任第一任校长, 学生只有数十人而已。在历任董
事长,董事们及校长的合作下, 更加上热心人士的资助,方能有今日的
发展。

一九五七年本校在董事会的资助下,增购了目前的校地,有一又四分之
一亩。

在一九六零年四月二十三日获得政府拨款兴建两间半永久性之标
准教室。一九六零年五月十六日本校注册为国民型华文小学。

一九六四年六月四日本校获得教育部拨款一万元增建两间半永久性之教
室,并得到董事部与热心人士的资助下建立了礼堂,至此,本校乃稍具
规模。

一九七二年六月二十二日,本校又在董事部及热心人士的资助下,增购
了二分之一亩地,以便作为日后发展之用。

一九七四年二月一日本校获得李氏基金捐助, 装置了电火,又获得教育
部拨给一架电视机

一九七五年七月一日获得教育部拨款四千元修建教室之用。

一九七七年获得家教协会, 董事部及热心人士联合捐款,扩建了礼堂,
办公室及图书馆。同年获得本区州议员拿督阿督拉丁的协助及本地的合
作,使本校全部全部教室都装置了电火及风扇。一九九七年十月三十日,
在本地青团运的协助下,董事部及家教协会以及热心人士的资助下,本
校创设了附属而行政独立的侨民幼稚园。幼稚园于一九七八年一月七日
正式开课。

一九七八年教育部拨款六千元供建食堂。同年三月,本校成立了女幼童军。

一九八零年获得政府拨款七千余元作为建筑篱笆,八千元建图书馆,一
千八百元添置电火;二千元建雨盖走廊。与此同时,更获得各界人士的
支持,建了一间校长室,扩建食堂及建立篮球场的铁架。

一九八二年获得梁维泮部长拨款九千五百零吉建篮球场及装置电火;二
千五百零吉建羽球场及电火;二千零吉建雨盖候车亭;四千零吉建洋灰
运动场。同年也获得教育部拨款七千零吉增建一间小型图书馆。

一九八三年再次获得梁部长拨款六千零吉在校门口铺设柏油路。

一九八四年获得笨珍县署拨款五千零吉增建教师厕所及舞台。同年10月
6日晚在校庆祝建校33周年纪念千人宴并筹募建校基金。

一九八五年获得龟咯区周议员阿末阿都拉拨款二千零吉购买食堂桌椅。

一九八六年增建教师办公室, 建筑费约一万零吉, 由33周年所募捐款项
扣除。

一九八七年获得国会议员吴来兴拨款四千零吉购买电视机,图书及维修
篱笆。

一九八八年同样获得吴来兴国会议员拨款一万零吉及州议员二千零吉,
同时董家教经济组也筹得二万二千多零吉作为建设基金。同年11月6日
恭请创校人之一的王令贤先生主持新图书馆及两间新课室动土礼。11月
27日晚本地柔佛路青团运支会举办文娱晚会协助筹募建校基金,共筹得
七千多零吉。

一九八九年图书馆及两间教室完工,不敷款项四千多零吉。

一九九零年再次获得吴来兴国会议员拨款五千零吉以弥补上述欠款。
州务大臣慕希丁也拨款七千零吉供购买图书馆及教室家具以及二千零
吉维修沟渠及篱笆。

一九九二年获得吴来兴国会议员拨款一千零吉以购买红泥填草场及一
千零吉购买幼稚园娱乐设备。

一九九四年获得周务大臣拨款六千零吉,联同董事会三千零吉及幼稚
园理事会近四千零吉,全面翻修本校年久失修的厕所。

一九九五年获得中央政府的五万零吉拨款,全面维修课室墙壁及全校
的电流装置。

一九九六年通过黄家定副内政部长代筹一万零吉,董家协及热心人士
联合捐款,本校得以增建一间新课室。

本校能有今日之规模与成就,在在是得到各方面的合作,董家教、社
会人士、政府及国州议员等大力支持的成果。希望这种为民族教育,
为国家培育幼苗,作育英才的百年基业得以继续发扬光大。

turnbo1.gif (1625 bytes)                                                                                                                 pulstars.gif (11446 bytes)SEJARAH.gif (6822 bytes)

    Sekolah Cheow Min telah dibina pada 5 MAC 1951 dengan usaha sama beberapa orang pemimpin tempatan dengan sokongan kewangan daripada penderma-penderma,peniaga-peniaga serta orang ramai yang cintakan pendidikan Bahasa Cina ,baik di daerah Pontian, mahupun di lain-lain daerah. Hasil daripada usaha tersebut, sebuah bangunan sementara yang berbumbung atap telah didirikan di atas tapak milik seorang penduduk tempatan.

    Pada MAC 1951, Sekolah Cina Cheow Min telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Pontian iaitu Encik G.B. Griffin. Pada masa itu hanya terdapat puluhan murih sahaja dan Guru Besar yang pertama ialah Encik Goh Lim.

    Di bawah semangat yang kuat serta usaha yang gigih dari Lembaga Pengurus Sekolah, maka Sekolah Cina Cheow Min semakin hari kian berkembang. Langkah perkembangan pertama ialah membeli tapak tanah di mana bangunan sekolah yang sedia terletak, iaitu tanah seluas 1.25 ekar pada tahun 1959.

    Dua perkara yang bersejarah telah berlaku dalam tahun 1960. Yang pertama, dengan peruntukan daripada kerajaan, dua buah bilik darjah separa kekal telah dibina. Kedua, Sekolah Cina Cheow Min telah didaftar sebagai SRJK(C) Cheow Min dan menjadi sekolah bantuan kerajaan.

    Pada tahun 1964,pembinaan sekolah telah memperlihatkan satu lagi kejayaan. Dengan peruntukan RM10,000 daripada kerajaan serta derma daripada orang ramai, 2 buah bilik darjah separa kekal dan sebuah dewan telah dibina. Ini menjadikan struktur SRJK(C) Cheow Min semakin lengkap sebagai sebuah sekolah.

    Usaha untuk membeli tapak tambahan sekolah telah dijalankan pada tahun 1972. Tanah seluas 1/2 ekar telah dibeli sebagai tambahan kepada tapak sekolah yang sedia ada.

    Pada tahun 1974, dengan bantuan daripada Yayasan Lee, sekolah ini telah mendapat bekalan elektrik buat kali pertamanya. Pada tahun 1977 pula, dengan usaha PIBG serta Lembaga Pengurus sekolah ini, projek memperbesarkan dewan serta pembinaan sebuah pejabat guru telah berjaya dilaksanakan.

    Tahun 1980 merupakan tahun yang bersejarah juga bagi SRJK(C) Cheow Min kerana pada tahun ini, selain daripada penubuhan Pasukan Pandu Putri Sekolah, pembangunan sekolah juga mencapai satu lagi kejayaan. Dengan berbagai peruntukan yang terdapat dari pihak kerajaan maka projek pembinaan kantin sekolah , pagar , bilik perpustakaan , serambi yang bertutup , bilik Guru Besar juga talah dapat dibina dengan sepenuhnya.

    Pada 6 OKTOBER 1984, Lembaga Pengurus sekolah pimpinan Encik Pang Kwee Tong, PIS , PPN , BSI telah menganjurkan satu jamuan beramai-ramai sempena perayaan Ulang Tahun Ke 33 sekolah. Dengan kerjasama yang erat daripada semua pihak, pungutan derma sebanyak RM40,000 telah dicapai. Wang tersebut diserahkan kepada Lembaga Pengurus Sekolah sebagai Tabung Pembinaan Sekolah. Dengan wang tersebut, pihak sekolah dapat membina sebuah bilik guru yang serba lengkap pada tahun 1986.

    Pada tahun 1985, dengan peruntukan sebanyak RM2,000 daripada ADUN, meja dan bangku kantin dapat dibeli. Pada tahun 1989, perpustakaan serta dua buah bilik darjah baru telah siap dibina.

nbsp;    Peruntukan sebanyak RM7,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri pada tahun 1990 dibekalkan untuk membeli perabot bilik darjah serta perpustakaan dan RM2,000 untuk membaiki longkang dan pagar sekolah.

    Pada tahun 1994, dengan peruntukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak RM6,000 , tabung Lembaga Pengurus sebanyak RM3,000 dan tabung Lembaga Tadika Sekolah sebanyak RM3,995, tandas sekolah dapat dibina semula.

    Dengan peruntukan dari kerajaan sebanyak RM50,000, bilik darjah sekolah serta bekalan elektrik dapat dibaikpulih pada tahun 1995. Sebuah bilik darjah baru dibina pada tahun 1996 dan mula digunakan pada tahun 1997.

    Pada tahun 1998, bilangan murid sekolah ialah seramai 411 orang. Bilangan guru pula 21 orang termasuk Guru Besar , sementara kakitangan sokongan seramai 4 orang.

    Pihak sekolah berharap agar dapat kerjasama dari semua pihak demi menjamin sekolah masa depan agar terus maju dan berkembang dalam pelbagai bidang.   

This is a test page.

   ag_back.gif (1338 bytes)