TIP PEPERIKSAAN SPM
Prinsip Akaun (3756/1)

 Oleh: Guru Prinsip Akaun

(Siri Kedua)

 Teknik Menjawab

Berdasarkan analisis di atas saya akan membincangan panduan-panduan atau teknik-teknik menjawab soalan tajuk demi tajuk. Panduan ini juga berguna kepada guru-guru yang sedang mengajar matapelajaran Prinsip Akaun di Tingkatan 4 dan 5.

Dokumen Perniagaan

Soalan ini seolah-olah menjadi soalan utama dan wajib dikuasi oleh setiap calon kerana ia menghasilkan jumlah markah yang terbanyak iaitu 29 markah. Biasanya soalan ini memberikan dokumen-dokumen perniagaan antara 13 hinggs 15 jumlahnya. Antaranya ialah Invois (Jualan dan Belian), resit rasmi, penyata akaun, keratan cek, slip bank, bil tunai, baucer, nota kredit, nota debit, memo, dan lain-lain.

Calon dikehendaki merekod semua urusniaga berdasarkan dokumen-dokumen tersebut ke dalam buku-buku catatan pertama (jurnal) dan seterusnya membuat posting ke akaun-akaun lejar yang berkenaan. Akhirnya calon dikehendaki menyediakan Imbangan Duga berdasatkan baki-baki akhir dalam akaun-akaun lejar.

Jika calon-calon benar-benar meneliti semua kertas soalan yang lepas, adalah didapati bahawa semua dokumen yang diberi disusun mengikut tarikh menaik. Oleh itu sebagai panduan umum, bagi memudahkan calon menjawab, calon-calon hendaklah menyelesaikan soalan ini satu demi satu berdasarkan dokumen yang diberi mengikut susunan seperti dalam soalan. Dengan cara ini dapat mengelakkan calon daripada tertinggal mencatatkan mana-mana urusniaga.

Buku-buku catatan pertama yang dimaksudkan ialah:

Jurnal Am
Jurnal Belian
Jurnal Jualan
Jurnal Pulangan Belian
Jurnal Pulangan Jualan
Buku Tunai (dua atau tiga ruangan)
Buku Tunai Runcit

Oleh hal yang demikian calon hendaklah mengetahui di dalam buku catatan pertama manakah setiap urusniaga yang diberikan itu perlu direkodkan. Merekod urusniaga ke dalam jurnal-jurnal yang salah akan mengakibatkan calon kehilangan markah. Juga kesilapan merekod sesuatu urusniaga ke dalam jernal lebih daripada satu kali akan mengakibatkan calon tidak mendapat markah (kecuali modal permulaan perniagaan dan catatan pembukaan) boleh direkod dua kali (dalam jurnal am dan buku tunai). Calon dianggap meneka jika mereka merekod sesuatu urusniaga dua kali atau lebih, yang mengakibatkan kedua-dua catatan yang dibuat itu dianggap salah dan tidak diberi sebarang markah.

Secara umumnya panduan-panduan berikut perlu diberi perhatian olah calon apabila merekod urusniaga ke dalam jurnal-jurnal:

Jurnal Am


Buku Tunai


Jurnal Belian


Jurnal Jualan/Jurnal Pulangan Belian/Jurnal Pulangan Jualan


Akaun-akaun Lejar


 Imbangan Duga

Imbangan Duga Pada 31 Disember 19XX

 


(Bersambung Di Siri Ketiga)