Fikir Sejenak: Siapa Lebih Miskin? Terengganu Atau Kelantan?

Terengganu yang kaya dengan hasil minyaknya yang lumayan sebenarnya lebih miskin daripada Kelantan.

MENGAPA??

Terengganu yang dipimpin oleh Wan Mokhtar pegampu terkenal yang boleh hidup dalam bermacam alam asalkan kerusi Menteri Besarnya selamat sebenarnya merupakan seorang pemimpin yang boleh ditarik hidungnya oleh sesiapa sahaja yang sanggup mengekalkan kerusi Menteri Besarnya. Apabila Anwar kuat dia orang Anwar. Apabila Mahathir kuat dia orang paling kuat Mahathir. Resam politik lalangnya menyebabkan dia boleh hidup dalam keadaan macamana sekali pun. Hatta sanggup mempertahankan Mahathir dalam pemfitnahannya terhadap Anwar Ibrahim!!!!Kerusi Menteri Besarnya lebih penting dari menyatakan kebenaran berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Menentang kezaliman???Oh!!! Tidak sekali!!!
Nanti Mahathir kasi kerusi MB kepada orang lain...

Berbalik kepada kemiskinan, Terengganu menanggong beban kerugian sebanyak RM 2.4 billion (RM 2,400,000,000) akibat kerugian besar yang dialami oleh Perwaja yang dikelolakan oleh kroni Mahathir iaitu Eric Chia. Menteri Besar Incorporation mempunyai 30% dari saham Perwaja. Jadi apabila Perwaja rugi sebanyak RM 8.0 billion (RM 8,000,000,000),  MB Inc. terpaksa menanggong beban kerugian 30% daripadanya iaitu RM 2.4 billion (30% dari RM 8.0 Billion).

MB Inc. milik siapa???Tidak lain dan tidak bukan kerajaan Negeri Terengganu. Kerajaan milik siapa kalau tidak Rakyat!! Maka rakyat Terengganu terpaksa menanggong beban kerugian yang dilakukan oleh kroni Mahathir!!! Mahathirlah yang  mengarahkan kerajaan Negeri Terengganu memiliki Perwaja ini. Mahathir tahu kalau Wan Mokhtar tak ikut cakap, dia hanya perlu gertak tarik kerusi Menteri Besar sahaja maka menyembahlah si bahlol Wan Mokhtar ini!!Kalau Kelantan miskin bermakna Terengganu papa kedana!!!!Rakyat Terengganu terpaksa menanggong kerugian dan hutang akibat kebodohan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional!!!!bukan PAS!!!! Terengganu walaupun mempunyai hasil minyak yang lumayan tetapi pengurusan ekonominya menyebabkan Terengganu tercatit sebagai negeri yang paling mundur dan penuh dengan beban hutang!!!

Jadi apa yang diwar-warkan dalam media cetak dan elektronik bahawa  negeri Kelantan miskin dan kerajaannya tak tahu mengurus ekonomi adalah seperti  "Wan Mokhtar (BN) kentut tapi menuduh Nik Aziz (PAS) yang kentut". Pihak media jangan lagi berbohong sebab rakyat dah tak bodoh lagi. Rakyat melihat dan merasai sendiri kemiskinan yang lebih teruk lagi dari negeri Kelantan dimana-mana sahaja di negeri yang diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional!!! Bangkai gajah tak boleh ditutup dengan jari. Hanya Mahathir yang tak nampak sebab penglihatan dia terselindung oleh hidungnya.