SEJENAK BERSAMA PENGETUA

SENARAI PENGETUA SMK GADONG DARI 1972 HINGGA SEKARANG

 

En. Asnan Mohd Zain mula bertugas di sekolah ini semenjak tahun 1995. Beliau menggantikan En. Zainal Ibrahim yang telah bertukar ke Labuan. En. Asnan merupakan pengetua sekolah ini yang ke 8 semenjak tahun 1972.

Beliau juga pernah bertugas sebagai pengetua di 4 buah sekolah lain sebelum ini iaitu SMK Kuala Penyu, SMK Bongawan, SMK Tun Fuad Stephen, Kiulu dan SMK Kota Klias. En. Asnan pernah bertugas di Pejabat Pendidikan Bahagian Keningau, Sabah.

Beliau dilahirkan di Kota Klias, Beaufort, mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Bahasa dan Sastera.

Pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran sekolah di Sabah membolehkan beliau berperanan sebagai pemangkin perubahan yang diperlukan oleh warga SMK Gadong. Perubahan ketara ialah dari segi pencapaian bidang akademik, kokurikulum serta keceriaan sekolah.