PAK LA B BELAJAR MENJADI PENIPU!!

28 September, 1999

Malaysia tidak mengamalkan tindakan menahan mana-mana ahli politik hanya semata-mata untuk kepentingan pihak pemerintah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Pak La B memulakan penipuannya semalam.

Beliau mendakwa tiada tahanan politik untuk kepentingan politik pemerintah. Beliau juga berkata Malaysia kini tidak mempunyai tahanan politik dan semua tahanan politik pada masa dahulu terdiri daripada pengganas komunis.

TPM Pak La B yang buta maha hatinya mungkin tidak nampak bahawa DSAI adalah seorang tahanan politik dan Lim Guan Eng juga seorang ahli parlimen dipenjara kerana mendedahkan tembelang pemerintah.

Kepada Pak La B belajarlah sejarah politik negara sendiri. Suatu masa apabila kamu disingkirkan oleh Maha Firaun itu, siapakah yang akan membela kamu??~MR