Percubaan Untuk Mengubah Tarikh Nikah Azizan

28 September, 1999

Kedudukan Azizan Abu Bakar yang telah ditangkap kerana bersekedudukan tanpa nikah, boleh menjejaskan kredebilitinya sebagai seorang saksi utama dalam kes pertuduhan liwat yang dihadapi oleh DSAI.

Justeru itu satu percubaan dikesan untuk mengubah tarikh nikah beliau supaya ia dikebelakangkan. Ini membolehkan pertuduhan 'bersekedudukan dengan wanita bukan muhrim' yang dikenakan itu akan digugurkan.

Pendedahan ini dibuat oleh DSWA semasa menyampaikan ceramah politiknya di Kg. Boyan, Taiping beberapa hari lalu.~MR