Keadilan Info-Line Akan Dilancar Minggu Depan

27 September, 1999

Parti KeADILan Nasional (KeADILan) akan melancarkan 'Keadilan INFO-Line menggunakan talian 6032546262 dalam memperjelaskan usaha-usaha ke arah merapati antara kepimpinan dengan ahli dan rakyat Malaysia amnya.

Para netter akan boleh mendapatkan maklumat mengenai perkembangan semasa, kenyataan akhbar, aktiviti-aktiviti keADILan dan juga manifesto parti melalui info-line yang bakal diwujudkan. Rakyat Malaysia yang prihatin digalakkan menelefon nombor yang disediakan disamping laman web yang terus dikemaskinikan dari masa ke semasa.


KEMBALI