Orang
yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan
diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada
di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat. |
Enam
seksa semasa hidup di dunia: |
1. |
Ditinggalkan
berkat pada umurnya. |
2. |
Allah
akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya. |
3. |
Tiap-tiap
amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya. |
4. |
Segala
doanya tiada diperkenankan oleh Allah. |
5. |
Dia
dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia. |
6. |
Tidak
ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih. |
Tiga
seksa tatkala hendak mati: |
1. |
Dia
mati dalam kehinaan. |
2. |
Mati
dalam keadaan yang sangat lapar. |
3. |
Mati
dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian
air laut di dunia ini, dia tetap merasa tidak puas. |
Inilah
3 seksaan tatkala hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir. |
Tiga
seksa ketika di alam kubur: |
1. |
Disempitkan
kuburnya. |
2. |
Dinyalakan
api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya di dalam bara api itu. |
3. |
Allah
mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan
ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, "Sesungguhnya aku telah
disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul
pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah
seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat. |
Tiga
seksa di hari kiamat: |
1. |
Allah
memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu
ke dalam neraka. |
2. |
Allah
menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka. |
3. |
Allah
akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling
berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang
bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami tidak
sembahyang." |
Barang
siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:- |
Subuh: |
Allah
akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun. |
Zuhur: |
Dosanya
seperti membunuh seribu orang Islam. |
Asar: |
Dosanya
seperti meruntuhkan Kaabah. |
Maghrib: |
Dosanya
seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri. |
Isyak: |
Allah
berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa
Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku."
Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada
Allah. |
|