Ali
bin Abi Talib r.a. berkata, |
"Sewaktu
Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan
tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, |
'Ya
Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan
oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para
Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.' |
Lalu
Rasullullah saw bersabda, |
'Sila
terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas
umatmu.' |
'Sembahyang
Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada
Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan
buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi
Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan
kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan
permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh
para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari.
Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan
dan di situ sujudnya setiap orang kafir.' |
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata, |
'Memang
benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah
pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.' |
Rasullullah
saw bersabda, |
'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang
Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan
sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam
pada hari Kiamat.' |
Sabda
Rasullullah saw lagi, |
'Manakala
sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya
seperti bayi yang baru lahir.' |
Selepas
itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, |
'Jagalah
waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang
Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang
mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu
daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.' |
'Sembahyang
Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada
hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk
pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya
daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk
menyeberangi Titian Sirath.' |
Sabda
Rasullullah saw seterusnya, |
'Sembahyang
Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40
hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan
iaitu: |
1. |
Dibebaskan
daripada api neraka. |
2. |
Dibebaskan
dari nifaq. |
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka
berkata, |
'Memang
benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula
kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas
umatmu?' |
'Ketika
Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut
dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan
ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan
di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.' |
'Wahai
Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada
kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.' |
'Seorang
hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT,
dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara: |
1. |
Akan
dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada
makanan yang haram). |
2. |
Rahmat
Allah sentiasa dekat dengannya. |
3. |
Diberi
oleh Allah sebaik-baik amal. |
4. |
Dijauhkan
daripada merasa lapar dan dahaga. |
5. |
Diringankan
baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan). |
6. |
Diberikan
cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath. |
7. |
Allah
SWT akan memberinya kemudian di syurga.' |
'Benar
apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di
antara semua para nabi.' |
'Seorang
nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya
tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada
umat saya di hari kiamat).' |
'Benar
apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu
Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan
melainkan Allah dan engkau utusan Allah).' |
Sedikit
peringatan untuk kita semua: |
"Dan
sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira
kepada orang-orang yang sabar." |
(Surah
Al-Baqarah: ayat 155) |
"Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari
kejahatan) yang dikerjakannya." |
(Surah
Al-Baqarah: ayat 286) |
|