Assalamualaikum wrth.
Abdullah Mas’ud berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah: “Apakah amalan yang lebih disukai Allah?
(Dalam riwayat lain:“Apakah amalan yang lebih utama?”)
Jawab Rasulullah: “Sembahyang
dalam waktunya. ” Kemudian apa pula?”
Jawab Rasulullah: “Berbuat
baik kepada dua ibubapa.” Kemudian apa lagi?”
Jawab Rasulullah:” Berjihad
pada jalan Allah”
Kata Abdullah Mas’ud:
“Rasulullah telah bercakap semuanya itu kepadaku, kalau aku minta tambahan
lagi nescaya Rasulullah menambahnya.” (Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan
Tarmizi)
Diceritakan pula oleh Abdullah Ibn Mas'ud r.a katanya ;
"Bahawasanya Rasulullah
s.a.w pada suatu hari berlalu di hadapan sahabat-sahabatnya,maka beliau
bersabda kepada mereka : "Tahukah kamu apa yang difirmankan Tuhanmu Tabaraka
wa taala ? Mereka menjawab : Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.
Rasulullah mengulangi
pertanyaan itu tiga kali..
Berfirman Allah : Demi
kebesaranKu dan kemuliaanKu,tidak bersolat seseorang di dalam waktunya
melainkan Aku memasukkannya ke dalam syurga.dan barangsiapa bersolat diluar
waktunya,maka jika Aku kehendaki Aku merahmatinya dan jika Aku kehendaki,Aku
mengazabnya".
[h.r Ath-Thabarany]
Pengajaran: 1. Sembahyang mestilah dilakukan pada waktunya yang ditentukan. Apabila ditinggalkan maka ia adalah berdosa besar.
2. Hadith ini mengingatkan mereka yang malas menunaikan sembahyang, atau suka bertangguh-tangguh bahawa perbuatannya itu tidak disukai Allah. Seboleh-bolehnya sembahyang itu hendaklah ditunaikan dengan segera apabila masuk waktu.
3. Hadith ini juga mengajarkan umat Islam supaya suka mengerjakan amalan yang utama mengikut keadaan dan masa. Kalau dalam perang maka berperanglah yang utama, dan pada masa itu cukuplah sembahyang wajib ditunaikan dengan ringkas sahaja.
4. Berbuat baik kepada ibubapa adalah kewajipan yang diwajibkan oleh Allah sebagai membalas jasa mereka, sama ada semasa hidupnya atau selepas matinya.
5.Berjihad adalah satu
kewajipan orang Islam mengikut kemampuan masing-masing sama ada dengan
harta, tenaga dan jiwa. Firman Allah: ”Dan mereka yang berjihad kepada
Kami, nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami, iaitu kemenangan dan kejayaan
dari dunia hingga ke akhirat.” (Surah Al-Ankabut: 69)
ima