buletin2000a.jpg (7757 bytes)
Pertukaran Pegawai Tadbir Negeri Mulai 15 Ogos 2000
Setiu 2 Ogos 2000 - Dua orang Pegawai Tadbir Negeri akan memulakan tugas baru mulai 15 Ogos 2000 ini. Pertukaran Pegawai Daerah, Encik Adzlan bin Mohd Dagang Pegawai Daerah Setiu ke jawatan baru sebagai Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Khidmat Pengurusan) dan Encik Jahani bin Ismail Penolong Pentadbir Tanah 1, Setiu sebagai Pegawai Projek Kanan (INTAN) Wilayah Timur telah diumumkan hari ini oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu.

Tuan Haji Ibrahim @ A Aziz bin Yaakub Pegawai Daerah Hulu Terengganu akan menjadi  Pegawai Daerah Setiu yang baru. Beliau merupakan bekas Pegawai Daerah Setiu 1998 hingga 1999.
azlan.jpg (6587 bytes) Encik Adzlan bin Mohd Dagang bertgas sebagai Pegawai Daerah Setiu mulai 1 Ogos 2000 telah mencatatkan rekod yang cemerlang bila berjaya membawa pejabat Daerah dan Tanah Setiu memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri 1999 dalam kategori Anugerah Ketua Pengarah MAMPU.
Encik Jahani bin Ismail  mula berkhidmat  di Setiu sebagai Penolong Pentadbir Tanah 1, pada 1Januari 1998 memulakan projek IT di PDTS dengan moto Setiu Maju 5 tahun ke Hadapan dalam IT. Beliau telah membangunkan laman web Pejabat Daerah dan Tanah Setiu dan Setiu Cyberlink. Hari ini Setiu disegani dibidang IT, selain daripada itu beliau memperkenalkan inovasi-inovasi yang berkaitan  IT di Daerah Setiu. Kakitangan PDTS telah dapat dibudayakan dengan budaya IT hasil daripada usaha beliau. jahani.jpg (3525 bytes)

Senarai pertukaran penuh yang diumumkan oleh pentadbiran negeri adalah sepertimana berikut:

Bil Nama Jawatan Sekarang Jawatan Baru
1. Tuan Haji Muhatar bin Abdullah Yang Di Pertua, Majils Perbandaran Kuala Terengganu Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu
2. Tuan Haji Mustafa bin Sidek Timbalan Pengarah Tanah dan Galian (Khidmat Pengurusan) Pegawai Daerah Hulu Terengganu
3. Tuan Haji Mokhtar bin Nong Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Di Pertua, Majils Perbandaran Kuala Terengganu
4. Y.bhg. Dato’ Nara Setia Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan
5. Tuan Haji Ibrahim @ A Aziz bin Yaakub Pegawai Daerah Hulu Terengganu Pegawai Daerah Setiu
6. Tuan Haji Mat Razali bin Kassim Setiausaha. Majlis, Perbandaran Kuala Terengganu Yang Di Pertua majlis Daerah Dungun
7. Encik Adzlan bin Mohd Dagang Pegawai Daerah Setiu Timbalan Pengarah Tanab dan Galian (Khidmat Pengurusan)
8. Tuan Haji Wan Nawawi bin Haji Wan Ismail Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan(Perjawatan & Perkhidmatan) Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu
9. Encik Sapie bin Yaakob Pegawai Projek Kanan (INTAN) Wilayah Timur Setiausaha. Majlis, Perbandaran Kuala Terengganu
10. En. Wan Harujan bin Sulaiman Penolong Pengarah UPEN (Pembangunan Sosio Ekononi) Setiausaha, Majlis Daerah Besut
11. Tuan Haji Abd. Taib Anuar bin Abdullah Penolong Setiausaha Kerajaan(Pendidikan. Dakwah dan Syariah) Penolong Pegawai Daerah I, Marang
12. En. Wan Ahamad bin Wan Muda Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar) Penolong Setiausaha Kerajaan (Kerajaan Perjawatan)
13. Encik Harun bin Haji Abdullah Setiausaha, Majlis Daerah Besut Penolong Pentadbir Tanah 1, Setiu
14. Encik Wan Mohd Ghazali bin Mohamed Penolong Pegawai Daerah I, Marang Penolong Setiausaha Kerajaan(Pendidikan. Dakwah dan Syariah)
15. En. Jahani bin Ismail Penolong Pentadbir Tanah 1, Setiu Pegawai Projek Kanan (INTAN) Wilayah Timur