Lawatan Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu Ke Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu |
|||
Setiu,Khamis, 11 Nov 1999 - Pejabat Daerah Dan Tanah Setiu telah menerima kunjungan serta lawatan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu.Lawatan ini adalah lawatan muhibbah daripada pegawai dan kakitangan PDHT disamping itu juga dapat bertukar-tukar pandangan didalam pentadbiran bagi meningkatkan pengurusan sektor awam khasnya.Dan juga dapat mengeratkan siratulrahim diantara kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Setiu.Disamping itu juga kunjungan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu adalah bertujuan untuk meninjau dan melihat usaha-usaha kualiti dan kejayaan Anugerah Kualiti Pejabat Daerah seluruh Malaysia yang dimenangi oleh Pejabat Daerah Setiu. |
|||
Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu menikmati sarapan pagi sebelum bermulanya sessi penerangan taklimat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Setiu. | |||
Sebahagian daripada kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu sedang menikmati sarapan pagi yang disediakan. | |||
Sessi penerangan taklimat yang disampaikan oleh Encik Adzlan bin Mohd Dagang Pegawai Daerah Setiu. | |||
Barisan pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu sedang mendengar taklimat ringkas mengenai Daerah Setiu. | |||
Tuan Hj.A.Aziz @ Ibrahim bin Yaacob Pegawai Daerah Hulu Terengganu sedang memberi penerangan taklimat maklumbalas di Bilik Gerakan pejabat Daerah Setiu | |||