PROJEK BAKTI SISWA PERMATA USM DI KG PADANG, HULU SETIU

Perkumpulan Mahasiswa Terengganu (PERMATA) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan satu program masa cuti iaitu projek bakti siswa bertempat di Kg Padang. Program yang berlangsung selama seminggu iaitu bermula dari 2 April hingga  9 April 2000 disertai oleh 27 orang Mahasiswa dari USM kampus cawangan induk dan ia merupakan projek baktisiswa USM yang pertama pada alaf ini. mb31.jpg (54399 bytes)
       Menurut pengarah projek bakti siswa ini, program ini adalah di bawah naungan Yang Amat Berhormat Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (Menteri Besar Terengganu).Badan-badan kerajaan negeri iaitu Yayasan Terengganu dan Yayasan Pembangunan Keluarga turut memainkan peranan mereka iaitu dengan memberi sumbangan berbentuk wang tunai dan barang-barang keperluan dapur kepada peserta projek ini bagi memastikan kelancarannya.Tujuan utama program bakti siswa di  adakan adalah untuk menjadikan

 

 

 

 

 

-mahasiswa yang dilabelkan sebagai ejen perubahan menjadi pemangkin kepada peningkatan taraf hidup penduduk luar bandar selaras dengan kehendak proses pembelajaran yang bukan    hanya tertumpu di dalam bilik kuliah semata-mata. Bahkan dapat menyesuaikan diri di dalam semua aspek kehidupan seperti kemasyarakatan.

             Pelbagai aktiviti  telah disusun antaranya program kesihatan, kelas komputer, program motivasi, ceramah kekeluargaan, majlis dialog dengan kerajaan negeri dan lain-lain lagi. Apa yang menarik perhatian di dalam program ini ialah majlis dialog dengan kerajaan negeri. Majlis ini telah berlangsung pada 5 April 2000 pukul tiga petang bertempat diperkarangan masjid kampung padang. Antara isu yang menarik ialah perbincangan pelajar dengan kerajaan negeri mengenai pembangunan sekitar Hulu Seladang.

 

 

 

 

Back