Permaisuri 1 Mei 2000 beribu lot tanah akan diagihkan segera kepada rakyat di  Daerah Setiu. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan disini hari ini bahawa Kerajaan Baru dibawah pimpinan Tuan Guru Haji Abd Hadi bin Awang telah mula melaksanakan menifesto yang dijanjikan  semasa pilihanraya yang lalu untuk memberi tanah kepada rakyat. Buletin PDTS dimaklumkan bahawa kerajaan akan mengeluarkan dasar baru mengenai kaedah pelupusan tanah kepada rakyat mengantikan dasar yang dibuat oleh kerajaan dahulu. Rakyat diminta bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan mengenalpasti kaedah yang terbaik dalam proses mengagihkan tanah. Walau bagaimana pun persiapan awal telah mula dilaksanakan oleh Pejabat Tanah Setiu bagi memproses semula permohonan tanah yang pernah ditolak oleh Kerajaan Barisan National yang lalu diatas sebab teknikal oleh Jawatankuasa Pemilih Tanah Daerah ketika itu.Ia nya melibatkan beratus-ratus permohonan yang dikategorikan sebagai mereka-mereka yang teranyanyai. Menurut sumber yang boleh dipercayai mereka ini terdiri daripada peneroka tanah haram sebelum tanun 1980 yang memenuhi syarat dasar tanah haram ketika itu, tetapi disebabkan fahaman yang berbeza dengan kerajaan permohonan mereka ditolak.

Menurut sumber itu lagi Pejabat Tanah Setiu akan mengeluarkan borang untuk permohonan tanah bagi lot tapak rumah di seluruh Daerah Setiu bagi skim petapakan perumahan. Adalah difahamkan terdapat beribu lot tapak rumah dibawah tatatur perumahan yang masih terdapat di daerah ini. Ia nya terdapat didalam berpuluh Rancangan Tanah Berkelompuk yang telah wujud di Setiu. Lot tapak rumah tersebut akan diberi keutamaan kepada penduduk Daerah Setiu yang telah berumahtangga dan belum lagi mempunyai tanah. Pejabat Tanah Setiu akan akan mengiklankan permohonan tersebut sedikit masa lagi. Pengiklanan tersebut akan dibuat di seluruh mesjid dan tempat-tempat awam di Daerah ini. Pengiklanan tersebut dijangka dibuat melalui Jawatankuasa Sura Rakyat. Permohonan tersebut akan dikeluarkan serentak di Daerah Setiu. Buletin PDTS diberitahu bahawa proses temuduga akan dilaksanakan dalam tahun ini juga.

                                                                                                                             ........buletin pdts

Back