PERJUMPAAN BERSAMA MENTERI BESAR TERENGGANU

*

5 Ogos 1999 Perjumpaan Y.A.B Menteri Besar dengan Anggota
Perkhidmatan Awam di Daerah Setiu telah mendapat sambutan yang menggalakkan.  Kira-kira 1200 orang Anggota Perkhidmatan Awam termasuk Perkhidmatan Pendidikan telah menghadirinya.  Ketibaan Y.A.B Menteri Besar di  pintu pagar Sekolah Menengah Agama Setiu telah disambut dengan paluan rebana serta diiringi dengan bunga manggar hingga ke Dewan Sekolah, kemudian disambut pula dengan pertunjukkan  silat.  Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh  Pegawai Daerah Setiu, Encik Adzlan bin Mohd. Dagang.  Seterusnya ucapan Dato' Haji Che Mat bin Jusoh, Setiausaha Kerajaan Terengganu menyeru supaya Anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat dengan lebih dedikasi bagi menjayakan matlamat  dan dasar kerajaan.   Dalam perjumpaan tersebut Y.A.B Menteri Besar mengajak semua Anggota Perkhidmatan Awam mensyukuri nikmat pembangunan yang telah dikuniakan hasil usaha pembuat dasar dan pelaksana dasar yang telah dapat menunaikan tanggungjawab bersama.  Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.  Perjumpaan diakhiri dengan majlis dailog para hadirin dengan Y.A.B Menteri Besar.