FORUM PERDANA DAERAH SETIU
TAJUK : " CABARAN UMMAH DIALAF BARU "

Forum Perdana akan diadakan pada 7 September 1999,hari Khamis, jam 9.00 malam di Perkarangan Masjid Kg. Bukit Putera, Setiu dengan Tajuk " CABARAN UMMAH DIALAF BARU". Penceramah undangan yang akan menjayakan majlis Forum Perdana tersebut ialah Tuan Haji Omar bin Musa      ( Pen. Pensyarah Qaryah I ) sebagai Pengerusi Panel, dan penceramahnya ialah Tuan Haji Sheikh Harun Ismail ( KPP Undang-Undang Keluarga ) Tuan Haji Mokhtar Saleh ( Pen. Pesyarah Qaryah II ) dan Tuan Haji Razali Ismail          ( Pengetua MPKT, Batu Rakit ).

Forum Perdana ini adalah anjuran bersama Pejabat Agama Daerah Setiu, Jawatankuasa Penerangan Dan Kemajuan Agama Daerah, JKKK Bukit Putera, Jawatankuasa Masjid kg. Bukit Putera dan Pergerakan Belia 4B Kg. Bukit Putera. Sambutan dijangka menggalakkan dan penduduk sekitar akan membanjiri kawasan Perkarangan Masjid Bukit Putera.