Motivasi
Bijak Belajar | Panduan Belajar | Kata Bermotivasi
Resepi Kek Usaha Kejayaan | Teknik Belajar Berkesan
Panduan Mencatat Nota

Motivasi Alihan Pelajar ( MAP )
oleh Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad

 

 

Hai rakan-rakan yang budiman,

Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri kita dan boleh diumpamakan seperti satu pelaburan. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk mencapainya? Tepuk dada tanya selera... Baiklah, di sini ada beberapa tips pembelajaran berkesan dan kata-kata peransang sebagai penguat semangat.

 

BIJAK BELAJAR [ ke atas ]

 Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan

1. Bertenang dan melapangkan fikiran.

2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.

3. Tidur yang mencukupi..

4. Menjaga kesihatan diri.

5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.

7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .

8. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.

9. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.

11. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.

12. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

14. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

15. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.

16. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.

17. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

18. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan.

19. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

20. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

21. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

22. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

 

 

PANDUAN BELAJAR [ ke atas ]

Kaedah Belajar Berkesan

1. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

 

 

Kata Bermotivasi [ ke atas ]

Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda...

 

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.
- Charles Cahier

 

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.
- Charles Cahier

 

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
- James Allen

 

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.
- Peribahasa Cina

 

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
- Benjamin Disraeli

 

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.
- I. Salanter Lipkin

 

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.
- Aristotle

 

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
- Albert Camus

 

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.
- Marcus Aurelius

 

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.
- Jose Joaquin Olmedo

 

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
- Joseph Conrad

 

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.
- William J. Siegel

 

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.
- Philip Massinger

 

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

 

Kegagalan adalah asas kemenangan
- Lao Tze

 

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.
- Lao Tze

 

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
- Flower A. Newhouse

 

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
- Samuel Johnson

 

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.
- Cecil B. DeMille

 

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.
- Peribahasa Arab

 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
- Peribahasa Melayu

 

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
- Confucius

 

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.
- Confucius

 

Resepi Kek Usaha Kejayaan [ ke atas ]

Bahan-bahannya;

250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

8 sudu the rasa tanggungjawab

200 gm senyum secukup rasa

 

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

 

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

 

Idea : RAYNER PETRUS

[ ke atas ]