Penyanyi popular rakam lagu kanak-kanak
Petikan : Utusan Malaysia 5/2/2004

Lima penyanyi terkenal tanah air telah dipilih merakamkan 10 lagu-lagu popular kanak-kanak sempena kempen Nespray Dodoi Si Manja anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Nestle Malaysia dengan kerjasama TV3 dan THr.fm.. 

Penyanyi-penyanyi itu ialah Sheila Majid, Fauziah Latiff, Dayang Norfaizah, Ziana Zain dan Amy Mastura.

Lagu
Tiga budayawan Melayu iaitu Azah Aziz, Dr. Ariff Ahmad dan Aripin Said telah memilih 10 lagu-lagu untuk dirakamkan iaitu Tidurlah Intan, O Bulan, Tidurlah Adik, Suriram, Burung Kenek-Kenek, Ikan Kekek, Harapan, Manja dan Timangan Untung.

Kesemua lagu-lagu itu sudah mula disiarkan di radio. Sementara klip video lagu-lagu tersebut juga mula disiarkan di TV hari ini. Stesen radio THR.fm turut menganjurkan Pertandingan Nyanyian Dodoi Kebangsaan mulai 4 hingga 9 April ini.

Usaha memperkenalkan lagu-lagu popular kanak-kanak ini diharap dapat menerapkan kepada golongan kanak-kanak, nilai-nilai budi bahasa masyarakat Malaysia yang semakin rapuh.