ALUAN PENGERUSI

Assalamu’alaikum warahmatullah

Setelah hampir setahun beroperasi, kami merasa berbangga terhadap prestasi para pelajar kami di SRIP Melawati. Meskipun baru berusia lima dan enam tahun, ternyata mereka mampu menerima sukatan pelajaran Tahun Satu SRIP dengan baik setanding dengan pelajar berusia tujuh tahun di sekolah biasa.

Prestasi yang ditunjukkan oleh para pelajar di samping sokongan dan kerjasama penuh ibu bapa memberikan semangat kepada kami untuk meneruskan pembangunan SRIP dan mencipta kecemerlangan. Kami sedar masih terlalu banyak yang perlu kami usahakan dan pasti pula besar pengorbanan yamg mesti dicurahkan bagi mencapai objektif penubuhan SRIP dan memenuhi aspirasi ummah.

Sesuai dengan kedudukan SRIP Melawati sebagai SRIP model, segala usaha akan ditumpukan bagi memastikan setiap elemen di sini diurus dan dibangunkan dengan standard yang ketat selaras dengan piagam pelanggan SRIP. Kerja keras warga SRIP akan digemblengkan untuk memastikan SRIP menjadi penjana pembinaan generasi soleh pintar.

 

Akhirnya, kami mengharapkan dokongan padu daripada semua pihak bagi membantu kami menjayakan visi dan misi SRIP. Ibu bapa khasnya merupakan elemen pemangkin meneruskan agenda SRIP di luar persekitaran sekolah. Insya Allah, program pengkayaan pendidikan pintar selepas sekolah (after school smart educational program) akan kami susuli seterusnya bagi menjadikan seluruh elemen yang mengitari proses pembesaran kanak-kanak khususnya institusi kekeluargaan mempunyai keupayaan mendidik generasi pintar soleh.

Sekian, semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat pertolongan kepada ummah.

Dr Mohd Hatta Ramli

Pengerusi Lembaga Pengelola

 

LEMBAGA PENGELOLA SRIP MELAWATI

Dr Mohd Hatta bin Ramli

Pengerusi

Azlan bin Hj. Maddin

Setiausaha

Tengku Sidek bin Che Ku Ibrahim

Bendahari

Ir Mustaffa bin Abd. Kadir

Ahli Lembaga

Dr Amir Farid bin Datuk Isahak

Ahli Lembaga

Hj. Azmi bin Md Jaib

Ahli Lembaga

Hj. Mohamad bin Abd. Rahman

Ahli Lembaga

Ali Amran bin Senawi

Ahli Lembaga

Hj. Mohd Uzir bin Ahmad

Ahli Lembaga

Ahmad Yazid bin Alias

Ahli Lembaga

   

 

 

SEJARAH

Kerja keras sekumpulan tenaga profesional dan tokoh pendidikan telah membawa kepada penubuhan Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) pada November 1997.

Angkatan pelajar pertama SRIP seramai tujuh belas orang memulakan pengajian pada Januari 1998. Generasi pertama SRIP ini telah diasuh melalui tahap pertama sistem pendidikan pintar SRIP dan kini ternyata membuahkan kejayaan. SRIP Desa Melawati yang merupakan induk dan model sistem pendidikan SRIP, kini boleh berbangga dengan pencapaian pelajar pertama yang akan menduduki peperiksaan akhir tahun pada awal November ini.

 

 

 

LOKASI

SRIP Desa Melawati kini beroperasi di premis sementara di pusat komersil Desa Melawati, Klang Gate. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan pendingin hawa sepenuhnya, sebuah bilik komputer sederhana dan dewan seminar. Pra-sarana ini akan dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan SRIP pada masa akan datang bagi memenuhi konsep pintar atau bestari yang menjadi identiti SRIP.

 

 

 

 

DIARI

22 November 1998

 

Majlis Ihtifal Pertama SRIP Melawati di Bilik Seminar SRIP Melawati pada jam 10.00 pagi. Terbuka kepada semua ibu bapa dan individu yang berminat untuk melihat perkembangan SRIP.

 

29 November 1998

Majlis Penerangan Untuk Ibu Bapa Kali Kedua dan Pendaftaran Pelajar Sessi 1999 pada jam 9.30 pagi di Bilik Seminar SRIP Melawati. Terbuka kepada semua.

 

20 November 1998 Hingga 3 Januari 1999

Cuti Persekolahan akhir tahun bagi semua SRIP.

4 Hingga 15 Disember 1998

Kursus Perguruan SRIP Tahap 1 Siri 1 dan Tahap 1 Siri 4 di Maahad Tahfiz wal Tarbiyah Darul Iman, Kuala Terengganu. Penyertaan kepada semua guru baru SRIP dan guru angkatan pertama.