SEJARAH SEKOLAH
LENCANA SKAU KERAMAT
(Direka oleh En. Wan Salahudin Wan Abdullah -1991)

DEFINASI WARNA

1. BIRU: Melambangkan perpaduan diantara murid-murid tidak mengira kaum, keturunan dan juga agama

2. KUNING: Melambangkan perpaduan diantara murid-murid yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan.

3. MERAH: Melambangkan semangat yang gigih di kalangan murid-murid untuk menimba ilmu.

4. HIJAU: Melambangkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

5. PUTIH: Melambangkan kesucian dan kerelaan hati murid-murid menerima apa jua yang diajar oleh guru mereka. Ia juga melambangkan keamanan dan kemakmuran yang diperolehi di sekolah ini.

DEFINASI OBJEK

1. BUKU : Melambangkan kewajipan setiap murid menggunakannya semasa hari persekolahan dan sebaliknya. Buku menjadi inspirasi waktu pembelajaran. Buku juga sebagai bahan rujukan serta teman hidup yang paling rapat semasa waktu belajar.

2. OBOR: Melambangkan ilmu sebagai suluh hidup bagi seseorang murid menghadapi cabaran dalam bidang pendidikan seterusnya kehidupan seharian di masa hadapan.

3. GELUNG : Melambangkan penglibatan murid-murid di dalam bidang kokurikulum. Ia juga melambangkan penghayatan Rukun Negara.

4. BUNGA RAYA: Melambangkan kecintaan yang sebenarnya oleh murid-murid sekolah ini terhadap negara Malaysia.

DEFINASI COGANKATA

1. BERUSAHA:Murid-murid yang belajar di sekolah ini haruslah BERUSAHAdengan gigih dan penuh semangat untuk mencapai matlamat mereka.

2. BERILMU: Apabila murid-murid telah belajar dengan gigih, pasti mereka akan dapat menimba banyak ilmu pengetahuan daripada guru-guru. Jadilah mereka insan yang BERILMU.

3. BERJAYA: Akhir sekali apabila murid-murid berusaha, berilmu segala yang dicita-citakan akan tercapai dan mereka semua telah BERJAYA
 

Menu Sejarah