KURIKULUM
SEKOLAH
Bidang Kurikulum
terdiri daripada beberapa pecahan Jawatan Kuasa yang memainkan peranan
penting di dalam menjadikan SKAU Keramat sebagai sebuah sekolah yang maju
di dalam akademik. Objektif bagi Kurikulum ialah menentukan pencapaian
prestasi murid-murid di dalam pelajaran yang diikuti di sekolah dimanfaatkan
dan dilaksanakan dengan betul dan lancar. Dua unit yang terlibat secara
langsung di dalam perkara ini ialah Unit
Peperiksaan dan Panitia
Mata Pelajaran.
Untuk melihat pencapaian Ujian
Penilian Sekolah Rendah 1998 dan Penilaian Tahap Satu 1998, sila klik di
sini. ***UPSR dan PTS***
UNIT PEPERIKSAAN SEKOLAH
Unit ini bertanggung jawab mengendalikan
program kurikulum dan menyelaras peperiksaan. Selain daripada ini unit
peperiksaan juga menyediakan Blue Print peningkatan bagi prestasi mata
pelajaran dan UPSR di peringkat SKAU Keramat.
Graf pencapaian peperiksaan menunjukkan
prestasi murid-murid SKAU Keramat meningkat dari tahun ke tahun walaupun
tidak ketara peratusannya. Diharap Pencapaian ini dapat dikekalkan dan
menjadikan sekolah ini sebaris dengan sekolah-sekolah elite di Wilayah
Persekutuan.
PANITIA
Sekolah Kebangsaan A.U. Keramat
mempunyai 12
Panitia bagi
mata pelajaran yang diajar di sekolah ini. Antaranya :
Panitia
Bahasa Melayu |
Panitia
Bahasa Inggeris |
Panitia Matematik |
Panitia
Sains Rendah |
Panitia Pengetahuan Agama Islam |
Panitia
Kajian Tempatan |
Panitia Pendidikan Moral |
Panitia
Pend. Jasmani dan Kesihatan |
Panitia Pendidikan Seni |
Panitia Kemahiran Hidup |
Panitia Muzik |
Panitia Pemulihan |
Antara
lain tugas Panitia ialah memainkan peranan sebagai daya penggerak kepada
peningkatan dan pembelajaran untuk murid-murid sekolah dengan menyampaikan
maklumat terkini demi mencapai matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.